Make your own free website on Tripod.com
BELAJAR MEMBUAT WEBSITE
***latihan 2***

Seiring dengan pertambahan jumlah netter (pengguna internet) diseluruh dunia termasuk di malaysia, semakin banyak pula orang yang ingin mempunyai homepage atau website sendiri, memiliki alamat email, sekarang ini bukan lagi sesuatu yang istimewa.

Tapi memiliki website yang mungkin bagi kebanyakan orang masih merupakan sesuatu yang diidam-idamkan. dengan adanya laman web peribadi telah mendorong ramai pelayar internet untuk berkongsi pengalaman, idea gambar dan sebagainya.

Website yang dibuat hendaklah lebih menarik dan tersusun dengan rapi. jadi untuk menjadikan web site kita nampak lebih berkesan dan menarik, pelbagai aspek perlu ditekankan. antaranya ialah:

1. Perwatakan web site kita seharusnya nampak menarik.

2. Isi kandungan yang mantap dan bahasa yang mudah difahami.

3. Diiringi dengan persembahan multimedia seperti muzik latar belakang, flash, persembahan video dan sebagainya.

Walaupun demikian, pelbagai lagi aspek yang perlu dilakukan bagi mencapai maksud diatas. seperti kita harus belajar bahasa HTML iaitu sebuah "bahasa program" yang memungkinkan kita membuat halaman web yang boleh ditampilkan dalam browser )Internet Explorer, Nestcape, Opera dll) setelah kita mengetahui asas HTML, barulah kita mencuba membuat rencana atau artikel, design dan isi website yang hendak kkita buat. kemudian rancangan itu harus kita hasilkan dalam bentuk halaman-halaman web yang menarik

Setelah selesai membuat perkara diatas kita harus mendaftarkannya ke web hosting agar website kita "terpasang" dan dapat diakses di internet

Akhirnya, bagaimanapun mempromosikan website tersebut agar dikenali dan dikunjungi oleh para juga harus diambil kira. pelbagai hosting terdapat di dalam internet dan jika berkemampuan, hosting yang terbaik boleh ia dibeli dan jikalau ia tidak berkemampuan, hosting percuma boleh digunakan.